BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ingin bertanya.

Saya sudah kahwin setahun, pada tempoh sebelum perkahwinan saya ada maklum pada suami syarat kalau nak kahwin dengan saya perlu berhenti merokok/hisap pod/vape. Dan selepas berkahwin saya ingat dia dah berhenti hisap, rupanya dia tipu yang sebenarnya masih hisap. Apakah status perkahwinan kami? Saya risau jika saya tak tahu hukum/status sebenarnya perkahwinan ini


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Perkahwian yang sempurna rukun nikah dan syarat-syaratnya, maka pernikahan itu adalah sah pada hukum syarak. Sekiranya semasa puan bernikah rukun dan syarat nikah itu sempurna, dan secara undang-undang telah mendapat pengesahan dengan adanya surat nikah dari Pejabat Agama Islam yang berkaita, maka pernikahan puan adalah sah pada syara.

Adapun syarat yang suami puan pesetujui bersama sebelum akad nikah itu adalah suatu syarat yang apabila suami tidak patuhi, maka ia dikira berdosa kerana memungkiri janji atau syarat yang telah dipersetujui bersama. Harus diingat bahawa antara ciri-ciri seorang mukmin adalah sentiasa berusaha menepati janji termasuk janji yang harus, apatah lagi pada perkara yang wajib dipenuhinya. Apabila ingkar terhadap sesuatu perjanjian, itu adalah tanda orang yang mempunyai ciri kemunafikan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 37

message user image