Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum WBT.
Lencana baru tempat kerja saya mempunyai gambar bedera Union Jack yang bersaiz 10mm x 7mm. Apakah hukum memakainya?
Jawapan
Setelah meneliti permasalahan gambar bendera Union Jack, ternyata di sebalik gambar tersebut terdapat unsur lambang salib. Berdasarkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 16 Mac 2011 seperti berikut; Hukum Menggunakan Barangan Yang Mempunyai Lambang Agama Lain Contohnya Salib Dan Seumpamanya “Orang Islam adalah diharamkan menggunakan barangan yang mempunyai lambang agama lain seperti salib atau bintang 6 (lambang Yahudi) sekiranya lambang-lambang tersebut dinyatakan secara zahir dan jelas”.
Oleh itu, disebabkan baju tersebut adalah pakaian kerja, maka pihak tuan boleh memudarkan sedikit gambar bendera tersebut supaya tidak kelihatan dengan jelas dan niatkan itu adalah gambar bendera semata-mata.
Sekian, terima kasih.