BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum wbt,

Saya ingin mendapatkan kepastian. Beberapa bulan yang dulu, isteri saya ada marah2 yang mana dia kata lebih kurang kalau rumah bersepah macam ni, baik dia duduk seorang. 

Jadi saya ada lafaz yang mana lebih kurang "nak sangat jadi janda, pergilah jadi janda". Tapi lafaz tu tak didengari oleh isteri saya cuma saya macam bebel seorang diri. Tapi masa saya lafaz tu, saya tak pasti ada niat nak cerai atau tak, sebab bila saya cuba ingat kembali, macam tak pasti ada niat cerai ke tidak dan kalau jadi janda tak semestinya kena cerai dan boleh saja jadi janda tanpa bercerai sebab bukan ada orang tahu.

Cuma bila dah beberapa lama, saya jadi was-was samaada jatuh talak ataupun tidak masa saya lafaz itu. 

Mohon pencerahan samaada jatuh talak atau tidak.

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Berdasarkan kepada persoalan tersebut, lafaz saudara berbunyi: "nak sangat jadi janda, pergilah jadi janda", boleh dikategorikan kepada lafaz talak secara kinayah (kiasan). Lafaz sebegini memerlukan kepada niat suami sama ada niat cerai atau tidak semasa melafazkannya. Oleh kerana telah beberapa bulan berlalu dan saudara juga tidak pasti sama ada berniat cerai atau tidak, maka perkara ini hendaklah dikemukakan terus ke pihak Mahkamah Syariah yang berhampiran tempat tinggal sebagai pihak yang berbidangkuasa menentukan sah atau tidak suatu lafaz talak.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 34

message user image