BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

assalamualaikum, saya ingin bertanya.. jika ingin sertu, saya ada menggunakan sabun sertu yang diletakkan di dalam satu bekas yang kecil.. setiap kali ingin sertu maka saya akan pegang dan buka bekas itu dan mengambil sabun sertu tersebut.. persoalannya, adakah bekas itu menjadi najis hukmi dan perlu disertu setiap kali saya memegangnya?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, bekas sabun sertu itu tidak menjadi najis hukmi selagi mana tangan anda tidak terkena najis sebelum memegangnya. Dalam konsep sertu, najis hanya berpindah jika ada kesan nyata seperti basah atau terkena secara langsung pada sesuatu.

Selagi sabun sertu diambil dengan tangan yang bersih, bekas itu tidak perlu disertu setiap kali digunakan. Anda hanya perlu sertu jika ada keyakinan bahawa najis telah terkena bekas tersebut secara langsung dan dalam keadaan basah. Jika sekadar was-was, ia tidak perlu diambil kira.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 34

message user image