BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Saya ingin membuat pertanyaan. Saya ada ibu mertua yang menghidapi strok (masih dalam keadaan separuh sedar dan tidak dapat bercakap dengan sempurna). Dia di jaga oleh private nurse perempuan yang beragama islam. Nurse ini tidak memakai tudung. Apa hukumnya jika suami saya berada di dalam bilik itu sebentar bersama ibunya yang strok dengan tujuan (niat) untuk mengurut badan ibunya yang ada strok dan ada juga private nurse di dalam bilik itu, tanpa kehadiran saya kerana saya bekerja. Tidak ada sesiapa lagi dalam rumah itu selain mereka.

1) Adakah ibu itu boleh dianggap sebagai mahram?

2) Adakah boleh suami ini berbuat begini jika ketiadaan isteri, untuk pergi melawat ibu di dalam bilik.

Mohon pencerahan.

Sekian, terima kasih.


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, ingin dijelaskan bahawa menurut jumhur ulama, perbuatan berduaan di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram adalah suatu yang dilarang, sekiranya tiada orang ketiga maka perbuatan itu adalah haram. Dalam situasi yang dinyatakan, walaupun ibu merupakan mahram kepada suami namun ibu merupakan pesakit strok yang hilang upaya untuk melakukan pergerakan. Maka, dalam keadaan tersebut, jika seorang lelaki berada bersama nurse di dalam bilik ibu yang terlantar strok adalah tidak dibenarkan kerana boleh menimbulkan syak. Sehubungan itu, perlulah dipastikan ada mahram lain yang boleh menemani suami untuk mengurus ibu tersebut ketika isteri tiada di rumah.   

والله أعلم بالصواب

Terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 30

message user image