BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan mufti, saya ingin bertanyakan sesuatu perkara. 

Namun begitu, terdapat cawan di rumah saya yang ditulis 'made in china' tetapi tiada tulisan ' fine bone china' pada cawan tersebut. Akan tetapi, saya telah membuat carian di google dan mendapati terdapat gambar cawan yang dijual di kedai rm2 dimana cawan tersebut terdapat padanya tulisan ' fine bone china' dan ianya dikeluarkan oleh syarikat yang sama. 

Soalan saya, adakah saya boleh terus menggunakan cawan tersebut kerana tiada padanya tulisan 'fine bone china' atau saya perlu menyertu tangan dan menganggap cawan tersebut terkandung juga 'fine bone china'. Jika perlu sertu, bagaimanakah dengan barangan yang telah saya sentuh kerana saya telah membasuh cawan tersebut. 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Fine bone china merujuk kepada cawan, pinggan atau bekas yang 30% terbuat daripada bahan abu tulang binatang. Dalam isu ini perlu diperhatikan beberapa perkara. Pertama, cawan yang dimiliki tidak dapat dipastikan apakah bahan sebenarnya. Oleh itu, berdasarkan kaedah asal sesuatu perkara adalah suci, maka cawan tersebut adalah suci dan bersih sehinggalah diyakini ia bernajis. Walaupun terdapat cawan yang lebih kurang sama daripada syarikat yang sama yang terbuat daripada fine bone china, itu masih tidak membuktikan cawan yang dimiliki diperbuat daripada bahan yang sama. Maka tidak perlu diragui kebersihannya dan tidak perlu menyertu tangan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 41

message user image