Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
1. Apakah hukum tidak mengikut fatwa yang dikeluarkan oleh penguasa negeri? Contoh: menunaikan solat tahiyatul masjid & berniat itikaf di surau diri jumaat.
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, sesuatu fatwa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor dan diwartakan adalah mengikat serta mempunyai kesan perundangan. Setiap orang Islam yang berada di Negeri Selangor hendaklah mematuhi dan berpegang dengan fatwa berkenaan. Selain itu, sesuatu fatwa hendaklah diiktiraf oleh semua mahkamah di Negeri Selangor. Justeru, bagi mereka yang tidak mengikuti fatwa yang telah diwartakan adalah berdosa kerana melanggar perintah pemimpin yang berautoriti sebagai ulil amri setempat.
Sekian, terima kasih.