Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum ustaz...nak tanya..saya ada masalah dengan buang air kecil..ada keluar 2 3 titik macam tu..kadang tak sedar..kadang tengah solat..saya dah basuh pon akan keluar lagi..
jadi sah tak solat saya tu..
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, bersuci dari najis wajib bagi mereka yang ingin melaksakan solat agar solatnya sah di sisi syarak. Justeru, ketika selesai membuang air kecil maka perlu dipastikan terlebih dahulu sisa air kencing itu telah sempurna dihilangkan. Salah satu cara menyempurnakan kencing adalah dengan istibrak iaitu dengan duduk dan bangun semula duduk bangun beberapa kali selepas berhenti air kencing atau dengan berdehem.
Namun, jika setelah melakukan istibrak masih lagi air kencing keluar maka ia boleh dikategorikan sebagai penyakit kencing tidak lawas. Maka bagi keadaan sebegini, pesakit perlu merujuk kaedah berikut dalam pelaksanaan ibadah solat iaitu:
Sekian, terima kasih.