BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

As salam ustaz..pada seketika dulu..ada hamba allah ni berhutang dgn kami..duit saya hasil barang emas saya jual utk bantu dia...kemudian..dia yg berhutang tidak mampu bayar...hutang hampir cecah 7 ribu..yg dibayar hanya rm500..sekian lama hari berganti hari...saya terpaksa halal kan...dan pada seketika ini saya dpt tahu..dia masih ada duit simpanan cecah ratus ribu...tapi sengaja tidak mahu bayar hutang saya..bole ke saya tuntut semula...


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.

Puan berhak menuntut semula hutang tersebut kerana ia masih menjadi tanggungjawab individu tersebut lebih-lebih lagi jika dia mempunyai kemampuan membayar tetapi sengaja mengabaikannya. Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

مَطْلُ الْغَنِيِّ ظُلْمٌ وَإِذَا أُتْبِعَ أَحَدُكُمْ عَلَى مَلِيءٍ فَلْيَتْبَعْ

Maksudnya: Menangguh pembayaran (hutang) bagi orang yang mampu adalah kezaliman, jika salah seorang dari kamu memindahkan hutang itu pada orang yang kaya, maka terimalah ia (pemindahan hutang). (Riwayat al-Bukhari)

Disebabkan puan pernah menghalalkan hutang itu, maka hutang tersebut tidak boleh dituntut semula dan ganjaran orang yang menghalalkan hutang amat besar di sisi Allah SWT.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 33

message user image