BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum wbt.

1. Waktu sesuai untuk qadakan solat, selepas solat fardu atau sebelum ?

2. Qada solat fardu, sekiranya kita mampu untuk qadakan sebanyak mungkin selepas solat fardu, adakah dibolehkan? Contoh: selepas solat fardu zohor, saya akan sambungkan dengan solat qada' zohor berkali² sehingga sampai waktu solat asar ( fardu). Kemungkinan solat qada' zohor menjadi 10x atau lebih sehingga tiba waktu asar tersebut.

Dan begitulah seterusnya disetiap waktu solat fardu dan disambungkan dengan solat qada' tersebut. 

Mohon pencerahan dari tuan

Terima kasih wasaalam


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang diajukan,

1. Qada' solat fardu merupakan kewajipan sebagai ganti solat fardu yang ditinggalkan. Oleh itu, solat qada' boleh dilakukan pada bila-bila masa.

2. Boleh sahaja melakukan solat qada' setelah selesai mana-mana solat fardu dan mana-mana waktu yang lain. Ini kerana menggantikan solat fardu yang pernah ditinggalkan merupakan sebuah tuntutan syarak.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 34

message user image