BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Apakah hukumnya aurat isteri termasuk rambut bila berhadapan dengan emak saudara saya( isteri bapa saudara saya umur 75 tahun dan bapa sadara saya yg berumur 101 tahun adakah perlu atau wajib ditutup auratnya??


message user image

Jawapan  

.وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

.الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه اجمعين أما بعد

Berdasarkan soalan yang diajukan, batasan aurat isteri dengan ibu saudara tuan adalah diboleh membuka aurat seperti di hadapan wanita lain (jika dia Muslimah yang boleh dipercayai). Manakala batasan aurat isteri dengan bapa saudara tuan adalah seperti aurat bukan mahram iaitu wajib menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Walaupun bapa saudara suami sudah berusia 101 tahun, namun hukum aurat tetap sama kerana umur bukan faktor yang membolehkan aurat dibuka kecuali dalam kes darurat seperti rawatan dan lain-lain lagi.

Firman Allah SWT di dalam surah Al-A'raf ayat: 26

يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا ۖ وَلِبَاسُ التَّقْوَىٰ ذَٰلِكَ خَيْرٌ ۚ ذَٰلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ

Maksudnya: Wahai anak-anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya.

.والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 49

message user image