BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Wbt.

Mohon pandangan sekiranya surau membeli perabot untuk surau atas niat waqaf. Ada ahli kariah ingin meminjam di luar surau untuk kegunaan pelbagai sekiranya telah mendapat izin ajk surau adakah menjadi kesalahan.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudara, perabot yang telah diwakafkan di surau, tidak boleh digunakan untuk tujuan peribadi seperti membawa ke rumah dan seumpamanya. Ini kerana ia telah diwakafkan untuk jemaah di surau tersebut. Sehubungan itu, hukum menggunakan barangan wakaf di surau bagi tujuan peribadi adalah haram kerana si pewakaf barangan tersebut telah meniatkan wakaf untuk kegunaan di surau tersebut. Namun begitu, sekiranya ia mendapat keizinan oleh pihak surau, maka ia dibolehkan kerana pihak surau berfungsi sebagai pentadbir harta wakaf dan ia juga dianggap sebagai memanfaatkan harta wakaf untuk manfaat surau atau ahli kariah yang berkaitan dengan kepentingan surau.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 40

message user image