BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Saya baru tahu bahawa niat wuduk kena bermula ketika kena di muka. Selama ini saya berniat ketika menadah air di tangan sebelum terus menyapu di muka.Selain itu, niat solat pun saya lakukan sebelum angkat takbir.Ini juga sama kes dengan wudhuk saya.Saya x tahu apa yang saya buat ketika sekolah, adakah saya lalai atau saya yang bodoh.Saya rasa kekilafan diri saya ini membuat saya rasa berdosa atas amalan2 saya selama ini tidak sah . Andai saya boleh patah balik masa, akan saya sepak diri sendiri untukbelajar elok2. Perlukah saya menqodor balik semua solat2 saya yang tidak sah kerana salah cara berwuduk? Saya rasa sangat2 kecewa atas kesalahan diri, saya ingat selama ini saya sudah buat dgn betul.Selama ini saya menjaga solat, rupa-rupanya satu pun  diterima Saya berdoakan Allah mengampuni atas kekhilafan saya ini. Rasa sedih kerana amalan dibuat salama ini tidak sempurna. Hancru hati berkecai2 kerana selama ini buat amalan tapi tidak dapat ganjaran malahan dapat dosa. Harap Ustaz dapat menjawap soalan saya, andai kata saya diwajibkan qodor ,maka akan saya qodor alaman solat saya yang bertahun2 lama2 .


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudara, kesilapan dalam ibadah pada perkara yang sukar dan tidak diketahui secara umum yang dilakukan terdahulu tanpa disengajakan adalah dimaafkan. Pengetahuan tentang tempat berniat merupakan permasalahan yang memerlukan kepada kedalaman ilmu dan tidak diketahui oleh semua orang awam. Kemaafan ini berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab yang bermaksud: Tidak ada dosa bagi kamu sekiranya kamu tidak sengaja melakukan sesuatu kesalahan, dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. (Surah al-Ahzab: 5)

Sehubungan itu, sentiasalah mendalami ilmu, ini kerana  setiap mereka yang melalui proses pembelajaran, pasti akan melakukan kesilapan. Sentiasa memperbaiki setiap kesalahan dan kelemahan.  Tidak ada manusia yang sempurna, dan Allah Maha Pengasih dan Maha Pengampun.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 27

message user image