Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Salam Ustaz.
Saya ingin bertanya tentang solat Jamak & Qasar.
Saya bermastautin di Kota Bharu & bekerja di Gua Musang.saya tinggal di rumah sewa di Gua Musang.Setiap hari Ahad, saya akan ke Gua Musang untuk bekerja & pulang ke Kota Bharu pada petang Khamis atau sebelah malam hari Khamis.
Bolehlah saya buat solat Jamak & Qasar sepanjang berada di Gua Musang?Saya tiada niat untuk berpindah di Gua Musang kerana berasal dari Kota Bharu & telah membeli rumah di Kota Bharu.
Harap Ustaz dapat membantu saya.Sekian terima kasih Ustaz.
Jawapan
Berdasarkan soalan yang diajukan, antara syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk melakukan solat jamak dan qasar tersebut ialah:-
Oleh yang demikian, tuan boleh melakukan solat secara jamak dan qasar ketika berada di Gua Musang sekiranya tuan tidak berniat menetap di Gua Musang sehingga mencecah 4 hari. Berdasarkan penyataan yang diberikan, tuan menetap di Gua Musang bermula hari Ahad hingga Khamis (petang/malam). Maka, tuan perlu membuat kiraan
Kami nyatakan rajah berikut untuk memudahkan kefahaman:
Situasi 1 - Boleh melakukan Jamak Qasar jika tuan tiba di Gua Musang pada petang Ahad (sebelum Maghrib) dan pulang siang Khamis (sebelum Maghrib) kerana belum cukup 4 hari 4 malam:
|
Ahad |
Isnin |
Selasa |
Rabu |
Khamis |
Malam |
# | # | # | # | |
Siang |
Masuk |
# | # | # |
Keluar |
Situasi 2 - Tidak boleh melakukan Jamak Qasar jika tuan tiba di Gua Musang pada siang Ahad (sebelum Maghrib) dan pulang pada malam Jumaat (selepas Maghrib hari Khamis) kerana telah cukup 4 hari 4 malam:
|
Ahad |
Isnin |
Selasa |
Rabu |
Khamis |
Malam |
|
# | # | # |
# |
Siang |
Masuk | # | # | # | # |
Jumaat |
Keluar |
- |
Diharuskan untuk solat jamak dan qasar walaupun urusan pekerjaan tersebut pada setiap minggu. Akan tetapi tuan tidak boleh solat secara jamak dan qasar apabila berada di Kota Bharu kerana Kota Bharu merupakan watan ( tempat bermustautin) tuan.
Sekian, terima kasih.