BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

assalamualaikum ustaz, saya nak tanya.Saya ada beli phone dari abang saya yang berharga RM100.Lepastu saya jual balik phone tersebut dengan harga Rm 300.Harga asal phone itu berharga rm 899.Bolehkah saya jual phone itu dengan harga rm 300.Adakah phone yang saya beli berharga rm 100 tu harga modal ataupun harga asal phone itu harga modal.


message user image

Jawapan  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Permasalahan tuan adalah berkaitan menaikkan harga jualan dan ia adalah kebiasaan dalam perniagaan. Islam tidak meletakkan penanda aras harga keuntungan, namun ia harus didasari redha antara penjual dan pembeli dalam urusan jual beli. Saranan kepada para peniaga agar memperbanyakkan sedekah bagi menyucikan harta yang diperolehi, seperti mana sabda Rasulullah SAW:

يَا مَعْشَرَ التُّجَّارِ إِنَّ الشَّيْطَانَ وَالإِثْمَ يَحْضُرَانِ البَيْعَ فَشُوبُوا بَيْعَكُمْ بِالصَّدَقَةِ

Maksudnya: “Wahai para peniaga! Sesungguhnya syaitan dan dosa itu hadir dalam aktiviti jual beli. Maka sucikanlah jual beli kamu dengan bersedekah.” (Riwayat al-Tirmidhi)

Kesimpulannya, berdasarkan margin keuntungan yang dikenakan pihak tuan tidaklah kenaikan yang melampau dan diharuskan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 33

message user image