BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ingin bertanya berkenaan umum al-balwa, najis yang termasuk dalam kategori ini dimaafkan, betul ke? Dan jika kita menyentuhnya dengan tangan yang basah, adakah berpindah najis nya, seperti najis anjing di jalan. Mohon pencerahan 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام  ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, perlu difahami bahawa secara umumnya, ulama mengertikan umum balwa sebagai perkara yang sukar dielakkan.

Keadaan seseorang atau kenderaan yang melalui kawasan laluan anjing sekalipun kawasan tersebut basah termasuk dalam perkara umum balwa dan dimaafkan. Hal ini kerana perkara tersebut sukar dielakkan. Jika benar terkena najis daripada anjing, maka ia tidak mendatangkan masalah kerana najis tersebut akan hilang disebabkan oleh faktor alam sama ada dengan kewujudan tanah, air hujan dan cahaya matahari. 

Adapun seseorang itu diwajibkan untuk menyertu sesuatu atau anggota badan hanya sekiranya yakin terdapat ain najis daripada anjing.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 31

message user image