BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

saya mempunya soalan..adakah jatuh talak sekiranya si suami menyatakan sekiranya dia memukul si isteri, jatuh talak 3 di dalam whatsapp (ayatnya berbunyi " kalau aku pukul jatuh talak 3") dan si suami telah memukul isteri selang beberapa hari dari kejadian.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Mana-mana lafaz talak yang ditulis melalui aplikasi whatsapp atau seumpama dengannya adalah lafaz dalam bentuk kinayah atau kiasan iaitu lafaz yang tergantung kepada niat suami ketika menulis perkataan tersebut, seandainya suami berniat talak, maka jatuhlah talak namun sebaliknya seandainya suami tidak berniat talak, maka talak tidak berlaku.

Walau bagaimanapun, puan atau suami hendaklah merujuk kepada Mahkamah Syariah yang berhampiran dengan kadar segera kerana pengesahan lafaz talak adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Apatah lagi sekiranya timbul pertikaian antara suami atau isteri, terutama berkaitan kesahihan lafaz taklik tersebut atau pertikaian terhadap berlaku atau tidak pelanggaran taklik tersebut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 30

message user image