Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
assalamualaikum,adakah benar Najis hanya berpindah jika ada kesan nyata....maksud saya apakah hukum jika najis yang basah terkena pada sesuatu benda tetapi tidak meninggalkan kesan pada benda tersebut....adakah benda itu dikira bernajis...?
Jawapan
Bersuci itu wajib apabila diyakini sesuatu tempat itu terdapatnya najis dari segi ainnya, warna, bau atau rasa. Penyucian ke atas tempat-tempat yang diyakini terkena najis itu dilakukan apabila najisnya jelas kelihatan seperti tahi, air kencing atau selainnya sehingga hilang warna, bau dan rasa.
Merujuk kepada persoalan tuan,
Benar, najis yang telah kering secara umumnya boleh berpindah jika terdapat kesan yang nyata pada tempat yang terkena najis tersebut. Di dalam hal ini cukup dengan mengambil hukum yang zahir berdasarkan apa yang berlaku. Jika tiada bau, warna, dan rasa bagi najis seperti ain najis atau basahan, maka tidak perlu dicuci atau pun dibersihkan. Kaedah yang perlu dalam hal ini adalah:
Maksudnya: Kita menentukan hukum berdasarkan perkara yang zahir, dan Allah yang menguruskan perkara yang tersembunyi.
2) Manakala dalam situasi najis yang basah maka sekiranya najis basah terkena pada sesuatu, sama ada kering atau basah, maka ia tetap menjadi najis dan wajib disucikan.
Sekian, terima kasih.