BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum..sebelum itu,sy mohon maaf andai bahasa sy tidak menyenangkan..sy perempuan yg mempunyai masalah keputihan.ada 1 hari di tempat kerja,sy terlupa membawa panty liner&seluar kecil..seluar kecil sy telah terkena keputihan.selepas 2/3jam sy ada buang air kecil&sudah tentu seluar kecil&besar sy menjadi basah lembap&sy telah duduk di 1 kerusi.

Soalan sy,adakah berlaku perpindahan najis pada kerusi tersebut?jika ya,sy tidak tahu dah mana 1 kerusi yang terkena najis tersebut sebab kerusinya banyak&sama..mcm mana situasi slps itu..?kalau org lain terduduk dlm keadaan basah?sy jd was2 utk duduk sbb tempat kerja sy agak panas yg menyebabkan seluar jd mudah lembap sikit kalau duduk lama lama.kerja sy memerlukan sy duduk di kerusi.saya amat berharap sangat pihak tuan dpt membalas persoalan sy ni..sy jd tak tenang nak solat dekat tempat kerja..terima kasih..


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan, hukum asal sesuatu itu adalah suci, maka ia akan terus suci jika tidak terdapat ain najis sama ada warna, bau atau rasa najis pada kawasan tersebut. Untuk menghukumkan sesuatu tempat itu sebagai bernajis, maka ia perlu dibuktikan dengan keyakinan iaitu adanya sifat najis tersebut pada kawasan yang dimaksudkan. Perasaan ragu-ragu tidak menyebabkan kawasan tersebut bernajis.

Keputihan secara asasnya adalah najis yang perlu disucikan dengan menghilangkan ain dan sifatnya meliputi bau, warna dan rasa. Namun, jika tidak terdapat najis tersebut pada kerusi yang puan duduk, ia dianggap tidak berlaku perpindahan najis melainkan diyakini adanya sifat najis keputihan itu.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 23

message user image