Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum.
Saya hendak bermusafir dari Malaysia ke Great Lake Kasmir India selama 10 hari. Tujuan riadah dan hiking.
Adakan saya boleh solat jamak dan qasar sepanjang perjalanan tersebut
Day 1- Penerbangan dari Malaysia ke New Delhi (lebih 81 km)
Day 1/2- Penerbangan New Delhi ke Siranagar (lebih 81 km)
Day2/3 - Perjalanan menaiki bas ke Base Camp perjalanan 3 jam (lebih 81 km) dan bermalam
Day 4- Perjalanan hiking Base camp to point A 5-8 jam jarak 10-15 km dan bermalam dalam khemah.
Day 5- Perjalanan hiking dari Point A ke point B 5-8 jam jarak 10-15 km dan bermalam dalam khemah.
Day 6- Perjalanan hiking dari Point B ke point C 5-8 jam jarak 10-15 km dan bermalam dalam khemah
Day 7- Perjalanan hiking dari Point C ke point D 5-8 jam jarak 10-15 km dan bermalam dalam rumah boat.
Day 8-Perjalanan hiking dari Point D ke point E jarak 10-15 km dan bermalam dalam khemah.
Day 9-Perjalanan dari Point E ke Base Camp dan terus ke lapangan terbang Sinagar menaiki bas.
Day 10- Lapangan Terbang Sinagar ke New Delhi.
Day 10/11- New Delhi ke Malaysia.
Catatan. Dari day 3/4 dari base camp akan mengelilingi Great Lake Kasmir dan bermalam di lokasi yang berbeza setiap hari.
Mohon penjelasan.
Terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, permusafiran tuan dari Malaysia ke Great Lake Kasmir India telah mencukupi syarat bagi jamak dan qasar antaranya;
Justeru, mengikut jadual yang telah tuan terangkan maka dibolehkan sepanjang perjalanan tersebut melakukan solat jamak dan qasar atas dasar bermusafir dan tuan tidak berniat atau tidak menetap pada satu tempat itu selama 4 hari dan ke atas. Erti kata lain, tuan berpindah-pindah dari satu destinasi ke satu destinasi lain tanpa menetap di suatu tempat selama 4 hari dan ke atas.
Sekian, terima kasih.