Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, saya nak tanya. Situasi seperti berikut: Saya dalam perjalanan pulang ke rumah saya di Melaka setelah pulang ke kampung halaman di Kelantan. Adakah saya boleh solat jamak jika saya singgah di masjid di N.9 yang berjarak lebih kurang 70 KM ke rumah saya di Melaka
Jawapan
Boleh melakukan solat qasar dan jamak di Negeri Sembilan kerana masih dalam permusafiran iaitu perjalanan pulang daripada Kelantan menuju ke Melaka. Selagimana tidak masuk ke kariah tempat tinggal tuan di Melaka, tuan masih berstatus musafir.
Sekian, terima kasih.