Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum.
Sekiranya duit suami tidak cukup untuk nafkah isteri, bolehkah dia memberi duitnya kepada ibunya?
Sebagai contoh, gaji bulanan suami hanya cukup untuk membayar sewa rumah, tetapi suami memberi duit kurang dari sewa rumah kerana mahu memberi kepada ibunya?
Jawapan
Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Jabir R.A, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Mulakan nafaqah dengan dirimu. Jika berbaki, berikanlah kepada ahli keluargamu. Jika masih berbaki, berikanlah kepada saudara-maramu yang terdekat dan jika masih berbaki lagi, berikanlah kepada mereka dan seterusnya.” (Riwayat al-Bukhari)
Imam al-Syaukani menyebut nafkah kepada keluarga tetap wajib meskipun ketua keluarga jatuh miskin, manakala nafkah kepada ibubapa hanya wajib jika anak mampu. Para ulama’ telah sepakat akan wajibnya mendahulukan nafkah anak isteri sebelum ibubapa. Secara hukumnya adalah sebegaimana yang telah disepakati oleh ulama iaitu nafkah isteri adalah wajib dan nafkah kepada ibubapa adalah bergantung beberapa sebab, iaitu:
Dalam kedua-dua situasi di atas juga bergantung keadaan si anak yang sekiranya pendapatan hanya cukup-cukup untuk isteri dan anak, maka ia tidak wajib atas ibunya kerana tanggungan utamanya adalah isteri dan anaknya, ditakuti si suami akan menzalimi hak isteri dan anaknya. Namun, adalah baiknya perkara ini diperbincangkan antara suami dan isteri dengan lebih harmoni dengan mengambil kira ehsan dan budi si anak lelaki kepada ibunya demi mendapat redha Ilahi.
Sekian, terima kasih.