Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
salam, saya seorang pembantu vet, saya waswas dalam keadaan jika saya memandikan anjing, saya perlu sentuh dan semestinya saya juga akan basah ketika memandikan anjing, jadi adakah saya perlu sertu tangan saya dan bagaimana jika saya solat, adakah saya perlu berganti pakaian sbb kawasan tersebut memelihara anjing dan anjing beliau berkeliaran dalam klinik tersebut. Boleh bagi penerangan jelas tentang najis yang berpindah? Dalam situasi apa yang memerlukan saya untuk sertu. terima kasih
Jawapan
Hukum asal sesuatu perkara itu adalah suci sebagaimana kaedah Fiqh:
Ini bermakna sesuatu tempat atau barang adalah suci sehingga diyakini tempat atau barang itu terkena najis. Yakin terkena najis bermaksud mengetahui dengan melihat terdapat ain najis berkenaan. Tempat yang wajib dibersihkan dan disertu adalah tempat di mana ain najis itu berada. Adapun anjing yang berkeliaran di dalam klinik dalam keadaan kering atau tidak dapat dipastikan keadaannya basah atau kering, maka ia tidak menjadikan barang yang tersentuh menjadi bernajis atau mutanajjis. Kaedah Fiqh menyebut:
Maksudnya: “Najis yang bersentuhan dengan sesuatu yang suci, dalam keadaan kedua-duanya kering, ia (najis) tidak menyebabkan sesuatu itu menjadi najis”
Oleh itu, merujuk kepada persoalan puan:
1. Tidak boleh menganggap hampir keseluruhan klinik telah bernajis atau mutanajjis tanpa meyakini ia telah terkena ain najis sebagaimana yang dinyatakan di atas. Andaian ataupun syak tidak mengubah status asal yang bersih itu. Sebagaimana kaedah Fiqh:
Maksudnya: "Keyakinan tidak dihilangkan oleh keraguan (syak)"
2. Apabila yakin pakaian terkena ain najis mughalazah, maka ia wajib disertu. Sekiranya pakaian yang terkena ain najis mughalazah tadi bercampur dengan pakaian yang lain, maka kesemua pakaian itu menjadi mutanajjis. Seandainya ragu-ragu atau tidak pasti, maka tidak wajib disertu. Maka, setelah memandikan anjing, wajib sertu anggota yang bersentuhan dengan najis, dan pakaian yang terkena basuhan anjing. Sebaiknya menggunakan pakaian khas bagi tujuan memandikan anjing bagi memastikan kesucian pakaian yang dipakai.