Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
JARAK ANTARA IMAM DAN SAF PERTAMA SOLAT BERJEMAAH RAMAI.
Adakah wujud istilah putus saf antar imam dan makmum saf pertama apabila jaraj antara mereka jauh melebihi setengan meter?
Saya pernah membaca jawapan dari pihak tuan berkenaan soalan di atas tetapi keliru dengan jawapan yang dikemukakan. Saya salin jawapan tersebut seperti di bawah:
Merujuk kepada persoalan tuan, antara syarat mengikut Imam adalah kedudukan makmum tidak boleh terkehadapan daripada Imam, sunat bagi makmum terbelakang daripda Imam sekadar 3 hasta atau kurang. Berkaitan jarak saf di dalam solat, perkara ini dijelaskan di dalam kitab Al Mu’tamad Fi Al Fiqh Ash Syafi’e, karangan Prof. Dr. Muhammad Az Zuhaili yang bermaksud: “Jika imam dan makmum berada di dalam masjid yang sama, maka sah makmum solat mengikut imam walaupun kedua - duanya solat berjauhan. Dinyatakan di dalam sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Anas bin Malik R.A, sesunguhnya Nabi S.A.W bersabda; رُصُّوا صُفُوفَكُمْ وَقَارِبُوا بَيْنَهَا وَحَاذُوا بِالْأَعْنَاقِ , فوالذي نفسي بيده إني لأرى الشيطان يدخل من خلل الصف كأنه الحذف Maksudnya ; “Rapatkan saf-saf kamu (rapatkan diantara setiap orang di dalam saf yang sama), dan dekatkan diantara saf-saf kamu (dekatkan di antara saf dengan saf hadapan dan belakang), dan selarikan (samakan) leher - leher kamu (leher, tumit, bahu, betis dan kaki). Demi Zat yang diriku berada di dalam”. (Riwayat Abu Daud) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih. (Tahun2019)
Benarkan jika jarak yang terlalu jauh ianya adalah makruh dn hilang fadilat solat berjemaah.
Bersama dengan soalan ini saya lampirkan Rajah A, B dan C untuk rujukan pihak Tuan.
Sekian, terima kasih.
Jawapan
Merujuk persoalan tuan, penjelasan lanjut boleh dirujuk melalui kalam Imam Ibn ‘Allan al-Siddiqi mensyarahkan hadith ini berkata, maksud: “Dekat-dekatkanlah saf kalian”, adalah hendaklah jarak antara dua saf adalah sebanyak lebih kurang 3 hasta. Jika terlebih dari 3 hasta, maka hukumnya adalah makruh, dan terluputlah pahala berjemaah jika tiada sebarang uzur seperti sama ada kerana terlalu panas atau terlalu sejuk misalnya.”
Sekian, terima kasih.