Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, saya menghidapi penyakit was-was.
Soalan saya, lantai rumah yg telah di mop bersama najis cicak dan merebak ke seluruh rumah, adakah harus sucikan juga?
Soalan kedua, Datuk saya mempunyai masalah kecing lawas, satu hari dia xdpt tahan dan beberapa titis air kencing ada di lantai lalu dia mop air kencing tu, adakah satu lantai rumah jadi najis atau dimaafkan? Mohon jawapan.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, pertamanya berusaha hindarkan perasaan was-was dan jangan dilayan kerana ia mengganggu kehidupan seharian.
1) Jika lantai yang dimop itu terkena najis cicak dan air mop tersebut merebak ke seluruh rumah, hukumnya bergantung kepada keadaan air mop itu:
Jika air mop sedikit dan berubah sifat (warna, bau, rasa) – Jika air mop itu sedikit dan telah berubah sifat akibat najis cicak, maka najis telah merebak dan lantai perlu disucikan semula dengan air mutlak.
2) Tindakan menggunakan mop untuk menyucikan najis adalah tidak sah kerana tindakan tersebut akan menjadikan mop tersebut menjadi mutanajjis. Ini adalah kerana mengemop tidak dianggap sebagai perbuatan mengalirkan air. Melainkan sekiranya ain air kencing telah dihilangkan dan telah dialirkan ke atasnya air mutlak, maka menggunakan mop untuk mengeringkan air mutlak tersebut adalah diharuskan.
Sekian, terima kasih.