BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz, saya ada persoalan...

Saya pernah berniat dalam hati yang saya akan menjamu makanan atau membuat majlis makan untuk seluruh penduduk kampung tempat saya bekerja jika supervisor sy yang sy benci berhenti kerja ( kerana sakit hati ), selang beberapa lama selepas itu supervisor tersebut benar2 berhenti ( kerana ada masalah dgn pihak pentadbiran syarikat )..

soalan saya adakah itu dikira bernazar dan adakah sy perlu menunaikan apa yg sy niatkan, perkara ini tidak sy ceritakan kpd sesiapapun..

jikalau saya perlu tunaikan bagaimana cara sesuai utk sy tunaikan , adakah dgn memberi makan kpd jemaah masjid kg itu dikira memadai..kerana sy berniat memberi makan seluruh kampung ( kerana bencikan supervisor itu )


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, Imam Jalaluddin al-Suyuti menyatakan bahawa nazar secara niat di dalam hati tidak dikira sebagai nazar. (Rujuk Al-Asybah wa al-Nazha’ir, jil. 1, ms. 33)

Ini berdasarkan hadith Nabi SAW:

إِنَّ اللَّهَ تَجَاوَزَ لِي عَنْ أُمَّتِي مَا وَسْوَسَتْ بِهِ صُدُورُهَا، مَا لَمْ تَعْمَلْ أَوْ تَكَلَّمْ

Maksudnya: Allah telah memperkenankan permohonanku agar Dia memaafkan segala bisikan dalam hati dalam kalangan umatku, selagi mana mereka tidak melakukannya atau melafazkannya. (Riwayat al-Bukhari) 

Imam al-Nawawi menyatakan bahawa pandangan yang paling sahih dalam kalangan ulama mazhab Syafi’e ialah tidak sah nazar melainkan dengan melafazkannya dengan lisan dan kata-kata, dan tidak sah sekadar dengan niat.

Memandangkan ia tidak sah sebagai nazar, maka tidak wajib melaksanakannya. Namun, jika ingin tetap melaksanakan niat tersebut sebagai satu bentuk kebaikan, maka niatkanlah pemberian tersebut sebagai sedekah atau jamuan biasa tanpa perlu menjamu seluruh penduduk kampung. Maafkan, niatkan dan doakanlah kebaikan kepada seseorang yang dibenci itu tadi agar hati menjadi lebih tenang dan berlapang dada. Semoga masing-masing mendapat keampunan dan rahmat daripada Allah SWT.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 23

message user image