BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salam,

Saya nak tanya, setiap bulan saya ada allocate budget saya untuk sedekah, saya ada kakak yang agak susah dan anak buah perempuan yang ada 5 anak kecil dimana yang suami dia lepas tangan tak mampu nak bagi nafkah pada anak buah saya & anaknya, akak saya masih mempunyai suami yg masih boleh bekerja & anak-anak yang bekerja, tetapi suami & anak2 dia kerja biasa2 sahaja, kadang2 tak cukup nak tampung belanja bulanan, setiap bulan saya ada sedekah pada kakak & anak buah saya untuk meringankan bebanan sikit, dalam masa yang sama setiap bulan juga saya ada wakafkan pada kerajaan negeri dengan niat sedekahkan untuk mak, ayah & abang saya yang telah meninggal dunia, soalan saya mana lagi afdal sama ada:

1) Sedekahkan semua budget bulanan sedekah saya pada kakak & anak buah saya, xperlu buat wakaf setiap bulan, dengan niat sebahagian sedekah tu untuk mak, ayah & abang saya yang telah meninggal dunia.

atau

2) Sedekah sedikit pada akak saya & anak buah saya dan dalam masa yang sama maintan membuat wakaf pada kerajaan negeri untuk mak, ayah & abang saya yang telah meninggal dunia.

 

Terima Kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan, perkara ini sangat baik dan menunjukkan keprihatinan serta keikhlasan tuan dalam membantu keluarga dan menyumbang kepada amal jariah. Dalam menjawab persoalan tuan, kita boleh rujuk kepada prinsip keutamaan (awlawiyyat) dalam Islam, yang memberikan panduan dalam pengurusan sedekah.

Dalam Islam, membantu ahli keluarga yang memerlukan adalah sangat dianjurkan dan dianggap sebagai sedekah yang utama. Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Sedekah kepada orang miskin adalah sedekah, tetapi sedekah kepada kerabat mempunyai dua keutamaan: sedekah dan silaturahim." (HR Tirmidzi)

Berbalik kepada soalan yang diajukan, sekiranya lebihan wang tidak mencukupi atau hanya mencukupi untuk memenuhi keperluan kakak dan anak buah, maka sedekah semua baki wang bulanan sepenuhnya kepada kakak dan anak buah dengan niat pahala sedekah tu juga untuk mak, ayah dan abang yang telah meninggal dunia adalah pilihan terbaik. Namun jika lebihan wang melebihi keperluan mereka, maka pilihan kedua adalah yang terbaik iaitu dengan meneruskan sedekah sedikit kepada kakak dan anak buah dan dalam masa yang sama membuat wakaf pada kerajaan negeri untuk mak, ayah dan abang saya yang telah meninggal dunia.

Sekian, terima kasih. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 25

message user image