Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum.. Saya nak tnya pasal faraid. Ayah saya dh meninggal dunia 2tahun lps. Ada rumah di sg long. Rumah tersebut.. Ayah saya letak 2 nama iaitu nama kakak saya dan jgak adik lelaki saya. Sewaktu beli rumah tu umur ayah dh lbh 50 tahun ke atas jdi pihak bank mintak 2 nama, sbagai jaminan. Walaupun rumah tu bukan adik lelaki @ kakak saya yg byr semua arwah ayah saya yg byr dan rumah tersebut telah abis dibyr. Persoalan saya skrg.. Lepas arwah ayah meninggal. Rumah sg long jadi faraid.. Adik lelaki saya mintak setengah daripada harga rumah tersebut milik dia. Dan setengah lg difaraidkn.. Dia dh abik setengah daripada harga rumah tersebut.. Setengah lg pun dia dpt lgi..mngikut faraid lelaki lbh drpd pada perempuan. Saya ada 5 beradik lelaki sorg saja.. Nasib kakak saya pun xmntak setengah drpd harga rumah tersebut. Sekarang ni saya nak tahu betul ke cara adik lelaki saya buat dgn abik setengah drpd rumah tersebut. Sdgkn dia sdiri tahu bahawa satu sen duit pun dia xkuarkn untuk rumah tu.. Semua duit arwah ayah yg byr.
Harap ustaz dpt membantu saya
Terima kasih
Jawapan
Merujuk kepada fakta kes yang dikemukakan, rumah di Sg. Long bukanlah milik adik lelaki puan atau kakak puan. Rumah tersebut adalah milik si mati iaitu arwah ayah puan. Adik lelaki dan kakak puan hanyalah sebagai jaminan (penama) sahaja untuk urusan pinjaman pembelian rumah tersebut memandangkan itu adalah satu prosedur pihak bank.
Apabila ayah puan telah meninggal dunia, rumah tersebut telah menjadi harta pusaka si mati dan perlu dibahagi secara faraid sesama ahli waris. Merujuk kepada senarai ahli waris yang puan telah kemukakan, kiraan pembahagian waris ke atas harta pusaka si mati (ayah) adalah sebagaimana berikut:
Waris | Bahagian |
Anak lelaki | 2/6 |
Anak perempuan | 1/6 |
Anak perempuan | 1/6 |
Anak perempuan | 1/6 |
Anak perempuan | 1/6 |
Walau bagaimanapun, untuk lebih ketepatan pihak puan dan semua waris boleh lah mendapatkan khidmat nasihat di Bahagian Harta Baitulmal Majlis Agama Islam Selangor sama hadir ke pejabat atau berhubung di talian 03-5514 3773 atau sambungan 2194.
Sekian, terima kasih.