Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, secara umumnya, apabila seseorang duduk dalam keadaan mencangkung untuk berisntinjak, maka anggota yang terzahir daripada faraj atau dubur itu dikira sebagai anggota luar yang boleh disentuh dan tidak membatalkan puasa. Adapun sekiranya memasukkan jari melebihi daripada kadar itu maka batal puasa.
Menurut al-Bujairimi had batin bagi kawasan dubur ialah melebihi bahagian yang wajib dibasuh ketika beristinjak. Oleh itu, sekiranya memasukkan jari sehingga mencapai had tersebut, boleh membatalkan puasa kerana melepasi had yang wajib dibasuh ketika istinjak.
Menurut Imam al-Nawawi dalam Majmuk, memasukkan sebahagian jari atau selainnya ke dalam dubur adalah membatalkan puasa:
Maksudnya: Sekiranya seseorang lelaki memasukkan jari tangannya atau selainnya ke bahagian duburnya atau seorang perempuan memasukkan jarinya atau selainnya ke dalam dubur atau qubul (faraj), dan berbaki sebahagian tangan di luar, maka perbuatan itu membatalkan puasa berdasarkan kesepakatan ulama mazhab Shafi'i.
Sekian, terima kasih.