Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Salam Ustaz/ustazah, saya ingin bertanya. Pada 22/1/25 jam sekitar 4 petang, saya ada bergaduh dgn isteri dan isteri ingin pulang ke rumah ibunya kerana pertengkaran itu. Sedangkan kami telang berbincang sebelumnya utk pulang pada keesokan harinya iaitu 23/1/25. Saya dlm keadaan marah telah mengatakan jika isteri keluar dr pintu ni pada hari ni ke rumah ibunya akan jatuh talak. Tapi isteri saya tidak keluar pada hari tersebut. Persoalannya jika esok saya dan isteri ingin pulang ke rumah mertua adakah terjatuh talak. Kerana saya cuma maksudkan pada hari kejadian dlm keadaan sangat marah.
Jawapan
Berdasarkan kepada situasi yang dinyatakan, status lafaz taklik adalah sepertimana yang suami maksudkan iaitu jika isteri keluar dari pintu tersebut pada hari itu sahaja. Oleh kerana isteri tidak keluar rumah pada hari itu, maka taklik tidak berlaku dan telah pun luput pada masa yang sama. Justeru, apabila isteri keluar rumah pada keesokan harinya maka tidak jatuh talak.
Sekian, terima kasih.