BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Ustaz

Saya ada beberapa pertanyaan. Mohon ustaz dapat membantu

Saya seorang yang mengalami ganguan was-was ustaz.

 

  1. Saya berumur hampir 60 thn. Pada satu mlm saya tidur di ruang tamu. Saya terasa nak buang air kecil. Saya terus tanggalkan kain. Dgn memakai seluar dalam saya terus menuju ke tandas dlm bilik tidur. Saya hanya pakai seluar dalam yang agak nipis. Saya tekup kemaluan dgn sebelah tapak tangan. Rasanya ada beberapa kali air kencing rasa dah terkeluar. Saya terus ke bilik air. Saya tak pasti ada ke tidak air kencing yang menitik di lantai. Biasanya lantai ke bilik air memang sedikit basah. Saya dah cuba keringkan semua air yang ada.

Adakah lantai rumah saya bernajis. Apa yang perlu saya buat.

 

 2. Baru-baru ini saya basuh kereta guna span dan sabun. Semasa lap tingkap semacam ada tahi cicak. Saya terus basuh guna span. Saya bilas guna water jet. Saya terlupa ada cermin tingkap yg tak tutup rapat. Ada sedikit air masuk ke dalam kereta.

Adakah dalaman kereta saya bernajis. Apa yang saya perlu lakukan ustaz .

 

 3. Semasa saya ke tandas awam, saya nak guna paip basuh najis. Paip tu jenis logam. Saya blm lagi guna tandas tersebut. Paip tu terjatuh dan mengelonsor masuk ke dalam tandas cangkung. Saya keluarkan paip tu. Saya tak taringat utk membasuhnya. Saya terus guna tandas yang lain. 

Adakah saya berdosa kerana membiarkan paip itu tanpa dibasuh. Apa yg perlu saya lakukan.

Saya amat memohon pencerahan daripada ustaz. 

 

Terima kasih ustaz atas bantuan dan pertolongan yang diberikan


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, 

1) Pada dasarnya sesuatu benda adalah suci kecuali telah jelas padanya terdapat najis. Asal kepada sesuatu yang bersih itu kekal dianggap bersih sehingga terbukti secara yakin ia telah dicemari oleh najis. Andaian ataupun syak tidak mengubah status asal yang bersih itu. Sebagaimana kaedah fiqh:

اليقين لا يزال بالشك

Maksudnya: Keyakinan tidak dihilangkan oleh keraguan (syak).

Justeru, tuan hendaklah mengambil jalan yang yakin bahawa lantai tersebut suci daripada najis selagi tidak kelihatan fizikal najis pada lantai.

2) Air sabun yang bercampur dengan najis adalah najis. Manakala percikan air ketika membilas sesuatu yang terkena najis atau seumpamanya menyebabkan kawasan tersebut menjadi suci kerana air mengalir pada kawasan tersebut menghilangkan najis. Oleh itu, dalam hal ini juga cukuplah bagi kita untuk mengambil hukum zahir berdasarkan apa yang berlaku. Kaedah mengatakan:

نَحنُ نَحكُمُ بالظَوَاهِرِ واللهُ يَتَوَلَّى السَّرَائِرَ

Maksudnya: Kita menentukan hukum berdasarkan perkara-perkara yang nyata zahir sedangkan Allah-lah yang menguasai perkara-perkara yang rahsia.

3) Menjadi tanggungjawab semua orang yang menggunakan tandas untuk memastikan peralatan yang digunakan adalah suci daripada najis. Oleh yang demikian, perbuatan tidak membasuh paip yang terkena najis tidaklah dikira berdosa kerana ia termasuk dalam bab adab ketika menggunakan peralatan awam yang bersifat sunat dan pilihan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 28

message user image