BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Saya nak bertanya, saya dan suami berkahwin kurang dari 5 tahun dan kami ada seorang anak hasil perkahwinan. Semenjak saya 7 bln mengandung anak pertama tersebut sampai sekarang anak dan berumur 1 tahun, kami tidak pernah "bersama" dgn memasukkan zakar ke dalam farah seperti pasangan berkahwin lain. Semasa saya mengandung anak tu alasan suami adalah dia takut kalau apa-apa jadi pada saya dan anak. Selepas melahirkan anak pula alasan suami adalah dia takut saya mengandung bila kami bersama. Jadi, kami hanya bersama memuaskan sesama sendiri dengan cara mengusap dan sebagainya tanpa memasukkan zakar ke dalam faraj. Saya sudah beritahu suami yang saya tidak puas dan mahukan hubungan bersama yg sebenar tapi suami tidak mengendahkan. Soalan saya adakah ini dikira suami tidak menunaikan nafkah batin kepada isteri? Kedua, apa yang perlu saya buat untuk selesaikan masalah ini? Adakah saya perlu call pejabat agama dan minta kaunseling atau macam mana? Saya penat dan hampir putus asa. Saya ada cek ho suami dan suami tidak ada hubungan atau scandal dengan perempuan lain dan sebagainya. Tolong bantu saya. Saya buntu..


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Nafkah batin merujuk kepada cara muamalah yang baik antara suami isteri dan begitu juga kebersamaan hubungan kelamin yang baik antara suami isteri tersebut. Suami wajib menunaikan nafkah batin terhadap isterinya selagi mampu. Ini berdasarkan kepada dalil dalam al Quran dalam Surah al-Baqarah ayat 187:

هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ

Yang bermaksud : Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka.

Di dalam  tafsir at-Thabari mengatakan bahawa maksud ayat ini adalah berkumpulnya dua jasad menjadi satu “bersetubuh”.

Oleh yang demikian, suami wajib menunaikan nafkah zahir mahupun batin keatas tanggungannya semampu mungkin. Berdosa besar kepada sesiapa yang yang tidak menunaikan hak-hak yang telah diamanahkan kepada mereka seperti si suami yang tidak menunaikan nafkah batin terhadap isterinya.

Dalam perkara ini, suami isteri seharusnya mengambil pendekatan yang terbaik untuk berbincang bagi menyelesaikan perkara seperti ini. Pasangan boleh merujuk ke mana-mana Pejabat Agama Islam yang berhampiran atau mana-mana pihak yang berautoriti bagi menjadi orang tengah dalam mencari solusi yang terbaik serta berusaha untuk mendamaikan keadaan antara suami isteri ini. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 24

message user image