BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

ASSALAMUALAIKUM PUAN/TUAN

Saya ingin bertanyakan tentang fidyah. Jika seseorang itu telah meninggalkan puasanya sebanyak 30 hari pada 2022 hinggalah tiba bulan ramadan 2023, dia haruslah membayar fidyah. Tetapi, sekiranya dia tidak menganti puasanya sehingga memasuki ramadan tahun 2024 dia perlu membayar kadar fidyah sebanyak dua kali ganda. Jadi soalan saya, jika dia telah menganti puasanya sebanyak 30 hari di tahun 2024 tetapi tidak membayar fidyah sehingga masuk ramadan tahun 2025, adakah kadar fidyah yang dikenakan tiga kali ganda atau sama sahaja dengan kadar fidyah tahun 2024 iaitu sebanyak dua kali ganda kerana dia tidak membawa puasa yang ditinggalkannya pada bulan ramadan tahun 2025 ?

Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, di negeri Selangor, Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor telah sebulat suara membuat keputusan bahawa:

Harus menggunakan 2 kaedah:

i. Gandakan fidyah dan kifarah mengikut tahun.
ii. Tidak digandakan kadar pembayaran fidyah dan kifarah.

Justeru, seseorang diberikan pilihan bagi memilih salah satu dari dua kaedah membayar fidyah puasa yang ditinggalkan dan tidak sempat digantikannya sebelum datangnya Ramadhan yang baharu. Adapun cara mengira fidyah puasa tuan boleh merujuk kepada pusat zakat atau majlis agama negeri di negeri yang tuan menetap dan mencari rezeki padanya. Adapun jika puasa telah diqadha', maka bilangan puasa tersebut tidak perlu lagi dibayar fidyah kerana fidyah dituntut bagi mereka yang gagal menggangtikan puasanya hingga masuk ke Ramadhan tahun berikutnya.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 51

message user image