Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, saya mahu bertanya soalan peribadi. Dulu semasa saya berumur 10-13 saya sering melihat perkara yang lucah dan kadangkala akan ada cecair yang kelaur memancut dan barasa lesu. Tetapi saya tidak tahu tentang air mani ketika itu, jadi saya tidak melakukan mandi wajib. Tetapi sekarang saya sudah tahu tentang perkara tersebut dan saya baru sahaja ingat tentang kesilapan saya yang lepas itu, adakah solat,puasa san ibadah saya ketika itu dikira sah, kerana ketidaktahuan saya? Saya berasa bingung dan cemas kerana takut perlu ganti semula semua semua yang dilakukan selama bebrapa tahun tanpa mandi wajib.. Adakah saya perlu ganti? Dan bagamankah saya menggantinya kerana saya tidak tahu seberapa banyak mana yang saya tertinggal.. mohon pencerahan..
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, jika tidak pasti itu adalah air mani, berpegang kepada asal iaitu kekal suci kerana ia termasuk di dalam kejahilan tidak mengetahui bahawa yang keluar itu adalah air mani yang mewajibkan mandi. Tidak perlu qada solat dan juga puasa kecuali ada kepastian mutlak bahawa waktu itu memang dalam keadaan hadas besar.
Firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 5:
Maksudnya: Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya. Dan (ingatlah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Begitu juga hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA, Rasulullah ﷺ bersabda:
Maksudnya: Sesungguhnya Allah telah mengangkat (tidak menghukum) dari umatku kesalahan yang dilakukan kerana tersilap, terlupa, dan kerana dipaksa. (Riwayat Ibnu Majah)
Firman Allah SWT serta hadis yang dibawakan di atas secara umum memberi penjelasan tentang keluasan rahmat Allah SWT terhadap umat Nabi Muhammad ﷺ, khususnya dalam tiga keadaan yang sering berlaku kepada manusia:
Hadis ini menjadi asas dalam memahami bahawa Islam adalah agama yang penuh dengan kemudahan dan tidak membebankan seseorang di luar kemampuannya. Sebagai langkah tambahan, perbanyakkan beristighfar dan mohonlah keampunan daripada Allah SWT atas kesilapan yang pernah dilakukan.
Sekian, terima kasih.