BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Saya baru sahaja melahirkan anak kedua tiga bulan lalu. Selepas hari ke 49 berlaku pendarahan yg teruk pada saya sehingga dimasukkan ke wad selama 3 minggu. Sejak dari itu, memang saya masih berdarah walaupun setelah 60 hari. Selepas hari ke 60 saya mandi wajib dan solat seperti istihadhah. Namun dalam tempoh dua minggu ini, dah takde darah, memang tinggal kesan seperti coklat yang sangat cair, kadang kuning cair dan kadang putih. Dia keluar tak tetap, contoh subuh semalam keluar pastu kosong, so saya solat seperti biasa, tiba2 asar harini ada ligh coklat sedikit sahaja. Jadi mcm mana ye nak kira, sampai bila saya perlu istihadhah? Kadang tiga hari kosong tak keluar apa apa, tiba tiba keluar light coklat. So waktu kosong tu saya solat seperti biasa. Apa hukum yang sepatutnya? Semalam saya musafir jadi saya solat jamak. Tiba2 pg tadi ada balik light choc. Adakah solat2 saya sebelum ni tak sah? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Berdasarkan kepada penjelasan tambahan puan melalui telefon, hari ke 40 hingga hari ke 48 darah yang keluar adalah berwarna merah nak ke coklat iaitu bersifat lemah. Manakala hari ke 49 puan mengalami tumpah darah sehingga hari ke 62. Kemudian, darah bertukar menjadi spotty merah dan coklat cair selama dua minggu. Dapat lihat di sini sifat darah yang keluar adalah seperti berikut:

Hari ke 1-39: Darah hitam (darah kuat)

Hari ke 40-48: merah nak ke coklat (darah lemah)

Hari ke 49 - 62: Berlaku tumpah darah, darah berwarna merah hitam (darah kuat)

Hari ke 63-77: darah bertukar spotty merah dan coklat cair (darah lemah)

Berdasarkan butiran yang diberikan didapati terdapat darah kuat (hitam) yang melepasi hari 60. Dalam hal ini darah nifas telah bercampur dengan darah istihadah. Oleh kerana terdapat darah kuat yang melepasi hari 60 maka ia dikategorikan darah yang tidak boleh dibezakan (tiada tamyiz).

Oleh itu untuk mengetahui bilangan hari nifas kali ini, maka hendaklah dipedomani kepada nifas yang sebelum ini memandangkan puan pernah melahirkan anak sebelum ini.

Oleh itu tengoklah semasa anak pertama dulu berapa hari puan jalani nifas dan suci maka kali ini pun ikut bilangan hari nifas dan suci tersebut.  Kemudian darah yang berbaki dikira haid.

Contohnya semasa melahirkan anak pertama dahulu puan nifas 30 hari kemudian suci 20 hari kemudian baru datang haid, maka Kali ini jadikan darah 30 hari pertama sebagai nifas, 20 hari selepasnya adalah suci (istihadah) Dan selepas 20 hari itu darah yang masih ada dikira sebagai haid.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih. 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 21

message user image