BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Sebuah syarikat bumiputera, Islam, membeli sebuah bangunan pusat membeli-belah yang telah lama beroperasi sebelum ini.

Pusat membeli-belah ini terletak di sebuah kawasan yang mana penduduk berbangsa cina dan Melayu Islam sama ramai.

Sebelum pusat membeli-belah ini dibeli, di dalamnya memang sudah ada kedai-kedai menjual makanan tak halal (mengandungi pork). Dan di depan kedai memang ada terpampang signboard "Kedai Non-Halal".

Soalan:

1. Adakah syarikat bumiputera Islam itu MESTI mengeluarkan kedai tak halal tersebut daripada mall itu, sedangkan kedai tersebut mempunyai permintaan pelanggan yang tinggi daripada penduduk sekitar dan kedai tersebut juga ada memaparkan signboard "Non-Halal".

2. Jika ada restoran "non-halal" baru (jual makanan mengandungi khinzir) hendak buka di mall tersebut bagi memenuhi permintaan pelanggan dan penduduk setempat, adakah pihak pengurusan mall tersebut boleh benarkan?

Saya harap pihak tuan boleh memberi jawapan kepada saya melalui email atau hubungi saya di nombor telefon yang diberi, dan JANGAN disiarkan kepada orang umum untuk menjaga sensitiviti mana-mana pihak yang terlibat.

Terima kasih.

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.

Secara ringkas, pemilikan dan pengurusan harta mesti selari dengan prinsip syariah. Dalam kes ini:

  1. Mengeluarkan kedai tidak halal:
    Syarikat bumiputera Islam tidak mesti serta-merta mengeluarkan kedai tidak halal yang sedia ada kerana ia merupakan perjanjian perniagaan yang telah wujud sebelum pengambilalihan. Namun, jika ia bertentangan dengan prinsip syariah, langkah secara beransur untuk mengubah konsep mall agar lebih patuh syariah boleh diusahakan. 

  2. Membenarkan restoran "non-halal" baru:
    Dari perspektif syariah, membenarkan kedai baru yang menjual makanan haram (seperti khinzir) dibuka dalam bangunan yang dimiliki oleh syarikat Islam adalah tidak dibenarkan. Ini kerana ia melibatkan sokongan kepada perniagaan yang bertentangan dengan ajaran Islam dan pemilik mendapat keuntungan secara tidak langsung daripada sumber yang tidak halal.

Oleh itu, sebagai syarikat yang yang dimilki oleh orang Islam dan keuntungan perniagaan yang terhasil, agar lebih berkat, adalah lebih baik ia diusahakan secara berperingkat untuk menstruktur semula operasi pusat membeli-belah tersebut agar lebih selari dengan prinsip syariah tanpa mengabaikan sensitiviti masyarakat setempat. Jika perlu, rundingan bersama pihak berkepentingan boleh dilakukan untuk mencari jalan penyelesaian yang adil bagi semua pihak.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 19

message user image