BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

assalamualaikum..mengenai faraid, sebelum ni arwah ibu saya pernah kahwin .suami sblm ni dah meninggal dan mempunyai anak2. arwah suami tu dulu yang dapatkan tanah rancangan felda.tapi tak sempat nak bayar apa2 tanah tu..dah meninggal..so selama 40tahun arwah mak yg bayar hutang felda..soalan saya ,tanah tu kira ada bhgn ank arwah suami dulu ke?sekarang mak dah meninggal..jadi kami keliru sikit .sebab zaman dulu kami tak tahu la felda buat faraid tak..sbb org pejabat felda cakap tiada nama arwah ayah diorg..


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه اجمعين أما بعد

Bagi persoalan puan,

1. Puan perlu merujuk kepada Pejabat Felda bagi memastikan nama pemilik tanah dengan mendapatkan dokumen rasmi yang berkaitan. Jika nama arwah suami ibu (suami pertama) tidak didaftarkan sebagai pemilik tanah dalam rekod Felda, maka secara rasmi, beliau (suami pertama) bukan pemilik tanah tersebut. Jika tanah itu atas nama ibu, maka selepas ibu meninggal dunia, tanah tersebut menjadi harta pusaka ibu dan perlu dibahagikan mengikut faraid kepada waris ibu (termasuk anak-anak dari perkahwinan pertama dan kedua).

2. Sekiranya nama pemilik tanah tersebut adalah milik ibu, maka perlu dipastikan status anak-anak arwah suami pertama. Sekiranya hasil perkahwinan ibu dan suami pertama dikurniakan anak, maka anak tersebut merupakan waris si ibu dan berhak mendapat faraid. Sekiranya anak-anak suami pertama bukanlah dari hasil perkahwinan bersama ibu puan, maka pembahagian faraid dilakukan terhadap anak-anak ibu sahaja.

3. Puan juga dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat pengurusan faraid melalui Bahagian Baitulmal, Majlis Agama Islam Negeri yang berhampiran.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 26

message user image