Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum Tuan Mufti , adakah sah Tawaf Umrah seseorang itu yang membawa beg galas berisi telefon yang pernah terkena najis seperti percikan air kecing.Telefon itu dibiarkan kering sahaja dan hilang semua sifat seperti bau,rasa dan warna tanpa dibasuh sebelum diletakkan di dalam beg galas itu.Adakah sah tawaf dia? Mohon pencerahan Tuan Mufti yang dihormati.
Jawapan
Merujuk kepada soalan, Islam sememangnya memerintahkan agar setiap umatnya berada dalam keadaan suci pada tubuh badan dan pakaiannya sebelum melaksanakan perkara ibadah. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna seseorang itu perlu memeriksa atau memelihara dirinya daripada najis sehingga menyusahkan pelaksanaan sesuatu ibadah. Oleh itu, dalam keadaan sesuatu yang di luar kawalan atau kemampuan dirinya, maka ia diberikan kemaafan oleh syara’
Sekian, terima kasih.