Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualikum wtb ustad,
Pertanyaan berkaitan faraid arwah ayah saya yang meninggal dunia pada tahun 2013.
Waris yang ditinggalkan
ISTERI
ANAK PEREMPUAN (1 ORG)
ADIK BERADIK LELAKI (3 ORANG)
ADIK BERADIK PEREMPUAN (2 ORANG)
ADIK BERADIK LELAKI (1 ORANG) - Meninggal dunia pada tahun 2022. Ada waris:
Isteri
Anak Perempuan (4 orang)
ADIK BERADIK PEREMPUAN (1 ORANG) - Meninggal dunia pada tahun 2023. Ada waris
Suami
Anak Tiri
Boleh ustad bagi pencerahan siapa yang layak untuk dapat bahagian dalam hukum faraid.
Terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada situasi yang dikemukakan dan fakta kes yang diterima melalui panggilan telefon, waris yang berhak ke atas harta pusaka si mati (ayah) adalah sebagaimana berikut:
BIL. | SENARAI WARIS | BAHAGIAN |
1. | Isteri | 6336/50688 |
2. | Anak perempuan | 25344/50688 |
3. | Saudara seibu sebapa lelaki | 3842/50688 |
4. | Saudara seibu sebapa lelaki | 3842/50688 |
5. | Saudara seibu sebapa lelaki | 3842/50688 |
6. | Saudara seibu sebapa perempuan | 1921/50688 |
7. | Saudara seibu sebapa perempuan | 1921/50688 |
8. | Isteri kepada saudara seibu sebapa lelaki yang telah meninggal dunia pada 2022 | 432/50688 |
9. | Anak perempuan kepada saudara seibu sebapa lelaki yang telah meninggal dunia pada 2022 | 576/50688 |
10. | Anak perempuan kepada saudara seibu sebapa lelaki yang telah meninggal dunia pada 2022 | 576/50688 |
11. | Anak perempuan kepada saudara seibu sebapa lelaki yang telah meninggal dunia pada 2022 | 576/50688 |
12. | Anak perempuan kepada saudara seibu sebapa lelaki yang telah meninggal dunia pada 2022 | 576/50688 |
13. | Suami kepada saudara seibu sebapa perempuan yang telah meninggal dunia pada 2023 | 904/50688 |
Walau bagaimanapun, dinasihatkan agar pihak puan mendapatkan perintah faraid di Mahkamah Syariah.
Sekian, terima kasih.