BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya. Jika suami dan isteri bergaduh, dan perbualan lebih kurang begini.

Suami : I dah boring dengan you pasal benda-benda macam ni

Isteri : Habistu dah boring, nak cerai ke?

Suami : OK

Isteri : You tau tak dah jatuh talak you cakap macam ni.

Suami : Mana ada, dah you cakap pasal cerai-cerai

Suami dan isteri adalah dalam keadaan marah dan tidak puas hati ketika ini.

Adakah jatuh talak itu? Terima kasih

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada pertanyaan puan, lafaz tersebut tidak menyebabkan talak jatuh kerana ia adalah merupakan suatu kenyataan atau pertanyaan daripada isteri kepada suaminya, adakah suami mahu bercerai, dan jawapan "ok" oleh suami tersebut, menunjukan bahawa sekiranya suami memang ingin melakukan perkara tersebut (cerai), maka suami perlu dan boleh melafazkan cerai kepada isteri.

Walaubagaimana pun, untuk mendapat kepastian dan maklumat lanjut berkaitan perkara ini, puan boleh adukan perkara tersebut kepada Unit Undang-Undang Keluarga di Pejabat Agama Islam Daerah tempat di mana puan tinggal.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 27

message user image