BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Saya ingin mendapatkan pandangan dan penjelasan daripada pihak Mufti mengenai satu perkara yang membabitkan hukum hakam agama.

Soalan saya adalah seperti berikut:

Apa Hukum Memakan Musang.

Saya berharap dapat menerima penjelasan yang jelas berdasarkan dalil daripada Al-Quran dan Hadis, serta pandangan ulama, sekiranya berkaitan.

Saya ucapkan terima kasih atas perhatian dan masa yang diberikan untuk menjawab persoalan ini. Saya mohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan dalam cara saya bertanya.

Semoga Allah SWT membalas usaha dan jasa pihak tuan/puan dengan kebaikan di dunia dan akhirat.

Sekian, terima kasih. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Sheikh Wahbah al-Zuhaili dalam al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu menyebutkan:

وَأَبَاح الشَّافِعِيَّة وَالْحَنَابِلَة أَكْل الضَّب والضَّبُع. وَعِندَ الشَّافِعِيَّة: والثَعْلَب، وَحَرمه الحَنَابِلَة. وَحَرم الْحَنَفِية أَكْل ذَلِكَ كُلّه.

Maksudnya: Ulama Shafi’iyah dan Hanabilah membolehkan makan Dhob (Biawak Padang Pasir) dan dubuk, dan dibolehkan menurut ulama Shafi’iyah makan musang, namun ulama Hanabilah mengharamkan makan musang. Manakala ulama Hanafiyah mengharamkan semuanya.

Terdapat dua pandangan berkenaan hukum memakan musang.

1. Pandangan pertama adalah musang haram dimakan kerana ia adalah haiwan yang bertaring. Daripada Abu Tha‘labah RA, beliau berkata:

 أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ أَكْلِ كُلِّ ذِي نَابٍ مِنَ السِّبَاعِ.

Maksudnya: Bahawa Rasulullah SAW telah melarang daripada (memakan) setiap binatang buas yang bertaring. (Riwayat al-Bukhari)

Dan kaedah Fiqh mengatakan

النَّهْيُ يَقْتَضِي التَّحْرِيمَ

Maksudnya: “Tegahan membawa kepada haram.”

2. Pandangan kedua pula mengharuskannya, kerana taringnya lemah dan tidak mampu memangsa. Di dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji, 

 يحرّم من السباع كل ما له ناب قويّ يفترس به: كالكلب، والخنزير، والذئب، والدب، والهرّة، وابن ‌آوى الكلب، طويل المخالب ـ والفيل، والسبع، والنمر، والفهد، والقرد، وأمثالها مما ناب قوي يفترس به. فإن كان نابه ضعيفاً، لا يبلغ أن يفترس به، لم يحرّم أكله؛ كالضبع والثعلب

Maksudnya: Diharamkan dari jenis binatang buas setiap binatang yang memiliki taring yang kuat dan digunakan untuk memangsa seperti anjing, babi, serigala, beruang, kucing, dubuk, dan "ابن آوى" (sejenis anjing liar panjang berkuku tajam), gajah, singa, harimau, cheetah, monyet, dan sejenisnya yang memiliki taring kuat untuk memangsa. Namun, jika taringnya lemah dan tidak mampu memangsa, maka tidak haram memakannya, seperti dubuk dan musang.

Merujuk kepada persoalan tuan, terdapat dua pandangan bagi hukum memakan musang. Pandangan pertama mengatakan haram kerana musang dianggap sebagai haiwan yang buas kerana bertaring untuk memangsa. Pandangan kedua pula mengharuskannya kerana musang memiliki taring yang lemah. Haiwan yang buas adalah tertakluk kepada ciri-cirinya. Ulama meletakkan ciri-ciri (dhawabit) bagi haiwan yang buas adalah yang bertaring yang boleh membunuh mangsa. Walaupun terdapat pandangan daripada mazhab Shafi’i yang membenarkan untuk memakan musang, namun, pendapat yang mengatakan haram memakan daging musang adalah pendapat yang lebih selamat dan keluar daripada khilaf. Kaedah Fiqh menyebutkan:

الخروج من الخلاف مستحب

Maksudnya: "Keluar dari khilaf adalah dituntut".

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 23

message user image