BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Adakah darah ayam atau ikan  yang keluar ketika menggoreng menjadi najis jika minyak atau kuahnya terpercik pada pakaian atau tempat memasak? Terima Kasih . 


message user image

Jawapan  

.وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

.الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه اجمعين أما بعد


Menurut imam Al-Subki, pendapat muktamad di dalam kitab mazhab Shafi'e antaranya kitab I'anah al-Tholibin menjelaskan yang dikatakan kuah gulai itu najis ialah apabila dimasak dengan binatang yang bernyawa kerana semua binatang bernyawa mengandungi darah. Ada darah yg mengalir dan ada yg tidak mengalir. Contoh darah yang tidak mengalir dimaafkan untuk makan ialah darah yang ada dalam tulang ikan darah yg berada dalam daging selepas bersih dibasuh..

Firman Allah SWT di dalam surah al-an'am ayat 145:

قُل لَّا أَجِدُ فِي مَا أُوحِيَ إِلَيَّ مُحَرَّمًا عَلَىٰ طَاعِمٍ يَطْعَمُهُ إِلَّا أَن يَكُونَ مَيْتَةً أَوْ دَمًا مَّسْفُوحًا أَوْ لَحْمَ خِنزِيرٍ فَإِنَّهُ رِجْسٌ أَوْ فِسْقًا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ ۚ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَإِنَّ رَبَّكَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi  kerana sesungguhnya ia adalah kotor atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah". Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

 

Disamping itu, dalam kitab Mughni Muhtaj telah dinyatakan Imam Nawawi dan Imam Taqiyuddin al-Subki iaitu darah itu najis bukan kerana zatnya tetapi kerana mengalir atau mengalirnya. Kalau darah tu mengalir baru dikira najis tapi kalau tidak mengalir maka ianya tidak dikira najis. 

Oleh yang demikian, darah ayam yang telah dibasuh dagingnya atau ikan  yang keluar ketika menggoreng, maka percikan minyak itu adalah dimaafkan dan pakaian tersebut tidak diangggap sebagai bernajis. Namun, adalah lebih baik pakaian yang terkana minyak dan gulai itu dibersihkan terlebih dahulu jika hendak digunakan untuk melakukan solat. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 22

message user image