Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
ASSALAMUALAIKUM.
saya telah berkahwin selama 9 tahun. selama 9 tahun kami berkahwin boleh dikatakan kami tidak tidur sebilik kecuali bila suami nak bersama dgn saya.
pada awal perkahwinan suami tiada masalah memberi nafkah zahir walaupun dia jarang bagi saya duit keperluan tapi dia masih lagi jalankan tanggungjawab beli barang2 dapur dan lauk.
bermula tahun 2024 perubahan semakin ketara apabila suami sudah mula jarang sediakan brg keperluan dapur kami juga tidur berasingan.
Pada bulan may 2024 saya mengalami sakit teruk period tak stabil. Darah period saya keluar tanpa henti dan ketulan darah beku yang banyak serta darah merah yang keluar terlalu banyak menyebabkan saya jadi lemah dan tak mampu jalankan tanggungjawab saya. saya ditahan diwad selama 3 hari dan selepas keluar dari wad darah saya masih keluar tanpa henti ini menyebabkan saya x larat uruskan diri sendiri dan pada waktu yang sama anak saya juga sakit. Selama saya sakit dirumah,suami tidak ambil tahu dan tidak ambil peduli sebab dia kata dia sibuk dengan kerja dan tiada masa ambil tahu tentang penyakit saya. Pada masa itu keadaan rumah yang huru hara dengan saya yang x boleh nak bangun masak terpaksa berlapar dari pagi sampai ke malam. keadaan itu berlarutan selama 3 bulan..
disebabkan merasa diri tidak dipedulikan oleh suami dan dianggap seperti sampah, saya merayu suami hantar saya balik rumah ibu saya untuk jaga saya yang sakit. sebab saya mmg xboleh nak uruskan diri saya sendiri dan anak saya yang berusia 3 tahun, Tapi suami tidak bersetuju dan paksa saya duduk dgn kakak dia di kampungnya.Tapi saya tidak setuju sebab saya tidak selesa tinggal disana.
Disebabkan tekanan dan sakit hati terhadap sikap suami saya mula merasa benci pada suami dan nekad minta suami lepaskan saya kerana merasa saya adalah beban baginya.
Pada akhir bulan 9 2024 saya membuat keputusan keluar rumah dan berpindah kerumah anak saudara saya yang belum berkahwin dan saya minta izin dengan suami melalui wassap dan meninta dia melepaskan saya cara baik. Saya ada buat report polis menyatakan sebab saya keluar rumah dan membawa anak saya sekali.
Selama 5 bulan saya keluar rumah suami langsung tidak ambil tahu keperluan anak saya semasa dengan saya. tak pernah bagi duit makan untuk anak saya.
kalau dia tak bagi nafkah pada saya, saya faham kerana saya sendiri yang bertindak keluar rumah. tapi keperluan anak dia tidak ambil tahu langsung. Seminggu kdg sekali dua kali juga dia ambil anak saya untuk tidur dgn dia.
persoalan saya disini . adakah saya dikira nusyuz ? dan boleh kah saya menuntut fasakh ? sebab saya memang sudah tidak hati langsung untuk balik pada dia.
saya banyak kali minta suami selesaikan cara baik. tapi dia tidak mahu berikerjasama dan seolah2 sengaja menyiksa saya gantung tak bertali.
Apakah yang saya perlu buat ? saya betul2 buntu. Mohon nasihat dari pihak tuan/puan. Terima kasih.
Jawapan
Menjawab pertanyaan puan :
1. Pensabitan nusyuz samada ia berlaku atau idak hanya boleh dibuat oleh mahkamah sahaja apabila mahkamah berpuas hati bahawa wujud tanda-tanda bahawa seseorang isteri telah nusyuz. Ini bermakna perisytiharan tersebut banyak bergantung kepada bukti-bukti yang kukuh yang mana, menjadi tanggungjawab ke atas suami membuktikannya jika suami itu mendakwa isterinya nusyuz. Dan sebelum apa-apa tindakan suami untuk membuat pengisytiharan isterinya nusyuz, suami haruslah membuktikan pada mahkamah bahawa dia telah berusaha memberi bimbingan dan nasihat supaya isterinya tidak melakukan tindakan-tindakan yang boleh menjerumuskan mereka sebagai isteri yang nusyuz.
2. Berkaitan tuntutan fasakh pula, menurut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor di bawah Seksyen 53(1) menyatakan bahawa seseorang perempuan atau lelaki, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan-alasan yang telah dinyatakan dalam hukum Syarak dan juga dinyatakan dalam seksyen ini. (Puan boleh rujuk enakmen ini untuk mengetahui alasan-alasan yang dinyatakan tersebut).
3. Selain itu, puan juga boleh merujuk ke mana-mana Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran dengan tempat tinggal puan untuk mendapatkan khidmat nasihat kekeluargaan dan juga perundangan.
Sekian, terima kasih.