Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Saya merupakan salah seorang rakan kongsi dalam syarikat bersama dengan rakan bukan islam, apakah ia bertentangan dgn islam sekiranya, saya membenarkan mereka meletakkan tempat sembahyang bukan islam di hadapan pejabat
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang dikemukakan :
Majoriti ulama mazhab Maliki dan Syafie menyatakan pengharaman keterlibatan orang Islam dalam pembinaan gereja atau rumah ibadat bukan Islam.
Maksudnya: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.
(Surah al-Ma’idah: 2)
Walaubagaimanapun sekiranya rakan kongsi yang bukan Islam mahu juga membina rumah ibadat, sebaiknya dibina di luar premis pejabat dan dilarang menggunakan wang hasil dari perkongsian perniagaan.
Sekian, terima kasih.