Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, saya mahu bertanya saya baru lepas dari kemalangan dan mempunyai bahagian yg perlu di balut .Adakah sah solat saya jikalau di kawasan yg di balut mempunyai darah dan air bisa jikalau saya tidak membersihkannya? . Adakah wajib saya bersihkan dahulu sebelum setiap solat ?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan yang diajukan, sekiranya membasuh kawasan yang luka itu tidak memudaratkan maka hendaklah dibasuh luka tersebut. Tetapi jika membasuhnya mendatangkan mudarat dan melambatkan proses penyembuhan maka tidak perlu membasuhnya. Cukup sekadar menyapu atau melalukan air di atas balutan tersebut dan menyempurnakan anggota wudhuk yang lain. Solat tersebut tidak perlu diqadha'. Dinaqalkan oleh Imam al-Nawawi dalam al-Majmu’ (2/324-325) :
Maksudnya: Sesungguhnya Ibn Umar R.A berwudhuk dan tangannya dalam keadaan berbalut, lalu dia menyapu (air) ke atas tangannya serta ke atas balutan, serta membasuh yang selainnya.
Sekian, terima kasih.