Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikun tuan.
saya ada perkara yang ingin saya luahkan dan saya tanyakan. Saya harap pihak tuan sudi membantu saya. Saya berumur 24 tahun dan sudah 11 tahun saya hidup dengan penyakit was was yang berlebihan sbg contohnya: saya akan mandi wajib banyak kali, istinjak lama lama, was was nak basuh guna washing machine, was-was nak hilangkan najis di lantai yang banyak, tilam berat dan sebagainya serta banyak lagi. sehinhgakan saya rasa saya terbeban untuk solat, mengakibatkan saya banyak meninggaljan solat saya. Setiap kali saya hendak solat saya rasa solat saya tidak diterjma kerana keadaan dan persekitaran saya tak bersih. Saya rasa banyak najis hukmi di sekeliling saya. Hal ini kerana saya orang kampung yang tinggal dengan ahli keluarga yang agak carefree. Mereka tidaklah pengotor tetapi ada segelintirnya jenis yang ambil mudah dengan kebersihan dan taharah. Kadang kadang saya hanpir nak mengamuk dengan sikap mereka kerana saya takut ibadah saya tak diterima kerana sikap ambil mudah mereka yang kadangkala mewujudkan najis hukmi tersebut. Saya tidak berani menegur kerana saya rasa malu dan tak tahu macam mana menegur since mereka lebih berusia dan pangkat yang perlu saya hornat dalam keluarga. Saya sungguh penat dan tertekan hidup dalam keadaan begini. Saya harap ada penyelesaian yang dapat diberikan. Saya nak ubati masalah ini kerana saya tidak mahu ibadah saya tergantung dan saya melakukan ibadah sia sia
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudari, Islam meletakkan sesuatu hukum itu adalah berdasarkan kepada sesuatu yang jelas, nyata dan yakin sahaja. Manakala bagi sesuatu yang tidak jelas, tidak nyata dan tidak yakin itu maka perkara tersebut adalah terkecuali dan tidak ada hukum. Sehubungan itu, jika kita menghukumkan sesuatu adalah bernajis sekadar andaian atau rasa-rasa, maka ia kembali kepada kaedah fiqh menyatakan:
Maksudnya: Keyakinan tidak dapat dihapuskan atau dihilangkan dengan sebab keraguan.
Ini kerana pada asalnya, sesuatu itu tidak bernajis sehingga dibuktikan adanya najis disertakan dengan salah satu sifatnya iaitu bau, rasa atau warna. Berpeganglah kepada konsep umum iaitu selagi tidak ada najis yang jelas sifatnya iaitu bau, rasa atau warnanya, maka kekal bersih dan suci. Manakala berkaitan membasuh pakaian dengan menggunakan mesin basuh automatik adalah suci kerana ia menepati hukum syarak dalam bab menyucikan pakaian.
Sekian, terima kasih.