BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Masalah onani tidak seperti orang normal

Saya dari kecil mempunyai tabiat menggeselkan zakar ke lantai secara meniarap tanpa di ajar dan saya tidak tahu dari mna saya belajar dan rasanya nikmat . Saya melakukan tabiat sehingga la sekarang meniarap dan dan menggeselkan zakar ke lantai dengan memakai seluar dlm dan seluar.Tapi saya dh stop dan taubat rasanya 7 tahun lepas dan baru start belajar ilmu agama antaranya pasal jenis najis.Soalan saya;

1)Mmandangkan air mazi akan keluar semasa onani adakah lantai tempat saya onani itu adalah najis sedangkan saya sudah pakai seluar dalam dan seluar?

2)Mengikut logik saya, kebiasaannya beberapa hari je air mazi boleh kering dan menjadi najis hukmi,saya ada melakukan onani di lantai yang agak terdedah untuk orang lain lalu selepas menggunakan tandas baik untuk mandi atau berwuduk,tapi saya x pernah secara depan mata sendiri melihat orang lain memijak kawasan itu tapi the possibility is there,so adakah saya perlu assume orang dah pijak kawasan tu, dan najis dh menyebar ke seluruh rumah dan saya perlu bersihkan satu rumah?

3)Saya pernah alirkan air di seluruh lantai untuk menyelesaikan masalah ni,tapi saya terlupa untuk basuh karpet dan kain lap kaki ,saya assume kedua dua benda ni bernajis sebab contohnya kain lap kaki ada di hadapan pintu,so, kaki yang basah sebab mandi dan dah terpijak kawasan saya onani mesti akan pijak kai lap kaki tu untuk masuk bilik,so adakah lantai yg dah saya bersihkan tadi akan jadi bernafas balik sebab walaupun kaki yang basah pijak lantai yg sudah suci,namun tetap akan pijak kain lap kaki tu untuk masuk bilik seterusnya menyebabkan najis tersebar semula ke lantai,jd lantai satu rumah akan bernajis balik,so saya perlu bersihkan satu rumah balik ke?bagaimana dengan sofa semua?

3)Adakah cara lain yang lebih ringan untuk saya selesai kan masalah ni sebab:

-rumah saya dua tingkat,berat nak bersihkan

-saya onani dulu di lantai dengan tidak tahu yg air mazi adalah najis dan penyebaran najis boleh berlaku

-rumah saya selalu ada orang,jadi payah untuk saya bersihkan rumah sebab saya akan nampak macam tak betul,perlukan saya mengaku kepada family yang saya pernah berenang supaya mereka faham dan bantu saya bersihkan rumah?

 

Terima Kasih


message user image

Jawapan  

 وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد 

Bersuci itu wajib apabila diyakini sesuatu tempat itu terdapatnya najis dari segi ainnya, warna atau bau. Penyucian ke atas tempat-tempat yang diyakini terkena najis itu dilakukan apabila najisnya jelas kelihatan seperti tahi, air kencing atau selainnya sehingga hilang bau, rasa dan warna. 

Merujuk kepada persoalan tuan:

1) Air mazi itu adalah najis dan jika diyakini air mazi tersebut terkena pada lantai, maka perlu dibersihkan lantai tersebut. Jika tiada kesan pada lantai maka tiada najis.

2) Jika tidak diyakini orang lain memijak atau tidak lantai yang terdapatnya najis hukmi, maka tidak tersebar najis ke tempat yang lain. Islam menghukum berdasarkan sesuatu yang jelas sahaja. Sehubungan itu, jika najis sekadar andaian atau rasa-rasa, maka ia tidak menjadikan sesuatu menjadi bernajis. Ini berdasarkan kepada kaedah fiqh menyatakan: 

اليقين لا يزول بالشك 

Maksudnya: Keyakinan tidak dapat dihapuskan atau dihilangkan dengan sebab keraguan. 

Ini kerana pada asalnya, sesuatu itu suci dan tidak bernajis sehingga dibuktikan jelas terdapat najis disertakan dengan salah satu sifatnya iaitu bau, rasa atau warna. Oleh itu, tombol pintu itu tidak menjadi bernajis dan tidak perlu untuk disucikan. Pada masa yang sama, ia tidak memindahkan najis ke tempat lain.

3) Perkara ini telah pun berlalu bertahun yang lalu tidak perlu dibersihkan, cukup sekadar ditinggalkan sahaja perkara tersebut. Namun, apabila mengetahui sesuatu kawasan terkena najis bersegeralah membersihkan dan menyucikannya tanpa ada kelengahan bagi memastikan tidak timbul keraguan dikemudian hari.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 18

message user image