BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya nak bertanya tentang haid;

1. Adakah tempoh suci bagi haid mesti mencukupi 15 hari minimum?

2. Saya selalu suci tidak sampai 15 hari, saya hanya suci 13,14 hari sahaja, kadang-kadang 12 hari suci. Paling lama saya suci 18 hari, itu pun hanya sekali sahaja. Tempoh haid saya 14,15 hari.

3. Darah yang keluar pada hari ke 13,14 suci itu mempunyai ciri-ciri haid dan saya juga rasa sakit perut seperti awal haid keluar.

4. Saya pernah terbaca tempoh suci boleh mengikut adat walaupun berbeza dengan wanita lain. Antara mereka yang berpandangan sebegini ialah al-Imam Abu Ishak al-Isfarayini dan al-Qadhi Husain. Pandangan ini juga menjadi pilihan al-Darimi dan Abu ‘Amr bin al-Salah.

5. Saya ada baca juga "Al-Imam al-Nawawi mentakwilkan, perbezaan nukilan pandangan al-Imam al-Syafi’ie, yang ada menghukumkan wanita yang tempoh sucinya lebih pendek dari tempoh minimum kebiasaan ramai wanita lain adalah hukum untuk wanita tersebut sahaja."

Adakah pendapat itu sahih dan bolehkah saya menggunakan pendapat itu?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه اجمعين أما بعد

Pada pandangan jumhur mazhab Shafi'i, tempoh suci yang minimum adalah 15 hari. Namun, di dalam kitab al-Majmu' karangan Imam al-Nawawi, ada menyebutkan pandangan ulama lain berkenaan jumlah yang kurang daripada 15 hari. Imam al-Nawawi berkata:

تَطْهُرُ أَقَلَّ مِنْ خَمْسَةَ عَشَرَ وَاشْتَهَرَتْ عَادَتُهَا كَذَلِكَ مُتَكَرِّرَةً فَفِيهَا ثَلَاثَةُ أَوْجُهٍ حَكَاهَا إمَامُ الْحَرَمَيْنِ وَالْغَزَالِيُّ وَغَيْرُهُمَا أَحَدُهَا لَا يُعْتَبَرُ حَالُ هَذِهِ بَلْ الحكم علي ما تمهد لِأَنَّ بَحْثَ الْأَوَّلِينَ أَوْفَى: وَالثَّانِي يُعْتَبَرُ لِيَكُونَ هَذَا حَيْضَهَا وَطُهْرَهَا لِأَنَّ الِاعْتِمَادَ عَلَى الْوُجُودِ وَقَدْ حَصَلَ قَالَ إمَامُ الْحَرَمَيْنِ هَذَا قَوْلُ طوائف من المحققين منهم الاستاذ أبو اسحق الاسفرايني وَالْقَاضِي حُسَيْنٌ (قُلْت) وَاخْتَارَهُ الدَّارِمِيُّ فِي الِاسْتِذْكَارِ وَصَاحِبُ التَّتِمَّةِ وَالثَّالِثُ إنْ كَانَ قَدْرًا يُوَافِقُ مَذْهَبَ السَّلَفِ الَّذِينَ يَقُولُونَ بِاعْتِمَادِ الْوُجُودِ اعْتَمَدْنَاهُ وَعَمِلْنَا بِهِ وَإِنْ لَمْ يُوَافِقْ مَذْهَبَ أَحَدٍ لَمْ يُعْتَمَدْ

Maksudnya: Jika masa suci kurang dari lima belas hari dan kebiasaannya telah terkenal seperti itu berulang-ulang, maka terdapat tiga pandangan yang dijelaskan oleh Imam al-Haramayn, al-Ghazali, dan selain mereka. Salah satunya adalah bahwa keadaan wanita ini tidak diperhitungkan, melainkan keputusan diambil berdasarkan apa yang telah ada sebelumnya, kerana pembahasan orang-orang terdahulu lebih lengkap. Pandangan kedua adalah bahawa ini dianggap sebagai haid, kerana yang diutamakan adalah keberadaan darah yang sudah terlihat. Imam al-Haramayn mengatakan bahwa ini adalah pendapat sebagian ahli yang diteliti, termasuk al-Syeikh Abu Ishak al-Isfarayini dan al-Qadhi Husein. Pandangan ketiga adalah jika waktunya sesuai dengan pendapat para pendahulu yang mengutamakan keberadaan darah, maka kita mengikutinya dan mengamalkannya, tetapi jika tidak sesuai dengan pendapat siapa pun, maka tidak dapat diterima. 

Berdasarkan teks ini, ada tiga pandangan berkaitan tempoh suci kurang 15 hari :

1. Darah itu bukan darah haid. Kerana tidak mencapai tempoh minimum suci. Hal ini kerana pandangan muktamad mazhab Shafi’i adalah tempoh minimum suci adalah 15 hari.

2. Darah itu diiktibarkan sebagai haid sekiranya tempoh suci tersebut merupakan tempoh kebiasaannya sekalipun berbeza dengan kebanyakan wanita lain. Ini adalah pandangan al-Syeikh Abu Ishak al-Isfarayini dan al-Qadhi Husein serta dipilih oleh al-Darimi. 

3. Darah yang datang sebelum sempurna tempoh minimum suci itu tidak dikira sebagai haid, melainkan jika kehadiran awalnya bertepatan dengan mana-mana tempoh minimum suci yang ada disebut oleh ulama salaf (seperti pandangan ulama Hanbali iaitu 13 hari). 

Puan boleh beramal dengan pandangan kedua di mana darah yang keluar pada hari ke-13 itu adalah darah haid, sekiranya ia berlaku secara berulang, berterusan dan menjadi kebiasaan darah haid puan. 

والله أعلم بالصواب

Sekian. terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 19

message user image