BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salam,

saya ingin mendapatkan pandangan mengenai permasalahan keluarga yang sedang saya alami.

Ibu saya telah menerima tanah felda dari nenek saya semasa nenek masih hidup dan sihat pada 2004. Pertukaran hak milik tanah ini tidak diketahui oleh adik beradik ibu saya. Ibu saya telah menguruskan tanah felda hampir 10 tahun selepas nenek saya meninggal. Hasil dari tanah ini telah ibu saya kongsi bersama adik beradiknya berdasarkan kemampuan dan keperluan masing-masing. 
 

Baru-baru ini berlaku perselisihan apabila ibu saya menukar nama tanah untuk diberi kepada kakak saya. Adik beradik ibu saya mengatakan mereka terkejut apabila mengetahui tanah felda ini adalah di atas nama ibu saya selama ini. Perkara ini telah dibawa ke pihak pengurusan felda dan pihak felda menyatakan pertukaran hak milik tanah kepada ibu saya adalah sah di sisi undang-undang dan telah mengikut prosedur dari felda.

Walaupun pihak felda telah menyatakan tanah felda ni adalah hak mutlak ibu saya,adik beradik ibu saya masih tidak berpuas hati dan mengugut memutuskan silaturrahim. Pelbagai tohmahan dan andaian telah diberikan kepada ibu saya kerana ibu saya masih ingin mempertahankan tanah felda yang diterima dari ibunya sendiri.

Di dalam perkara ini,apakah yang boleh dibuat untuk menangani isu ini?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد 

Merujuk kepada fakta kes yang dikemukakan, adik-beradik ibu tuan seharusnya perlu memahami bahawa tanah felda itu adalah milik ibu tuan kerana segala pertukaran hak milik tanah tersebut daripada nenek kepada ibu tuan adalah secara sukarela dan keinginan nenek sendiri. Di tambah pula pihak pengurusan felda juga telah menyatakan pertukaran hak milik tanah kepada ibu tuan adalah sah di sisi undang-undang dan telah mengikut prosedur. Sewajarnya pertikaian daripada pihak adik-beradik tuan atas kehendak ibu tuan ingin menyerahkan kepada kakak tuan tidak sepatutnya berlaku kerana tanah felda tersebut tiada sebarang perkaitan dengan mereka. 

Oleh yang demikian, dinasihatkan agar pihak tuan melantik perunding harta atau orang tengah bagi memahamkan isu tersebut demi menjaga hubungan silaturahim.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 18

message user image