BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum , saya hendak bertanya , terlebih dahulu saya nyatakan , saya berumur 32 tahun dah berkahwin hampir 9 tahun . Mempunyai 2 orang anak berusia 8 dan 4 tahun . 
 

Disini saya nak bertanya , apakah hukum sekiranya suami culas nafkah batin ? Suami hanya melakukan tanggungjawab ibarat melepaskan batuk ditangga . Itupun akan berlaku setahun sekali or 2 tahun sekali . Boleh perjelaskan ? 
 

Yang kedua , saya sudah banyak kali berkomunikasi dengan suami berkenaan masalah ini , tapi tiada feedback positif dari suami.Dah banyak kali saya ajak suami ke pejabat agama untuk sessi kaunseling atau ke hospital untuk check sekiranya dia ada masalah kesihatan . Tapi suami refuse . 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Allah SWT berfirman dalam surah Al Nisa' ayat 19 :

وَعَاشِرُوْهُنَّ بِالْمَعْرُوْفِ

Yang bermaksud : Dan bergaullah dengan mereka menurut cara yang makruf

Di antara tanggungjawab suami kepada isterinya adalah bergaul dengan cara yang baik, samada dalam bentuk nafkah batin atau pun dalam bentuk komunikasi, layanan, sentuhan dan perasaan. Komunikasi atau pergaulan yang baik terhadap isteri termasuklah melayaninya dengan baik, lembah lembut, bertolak ansur sama ada dalam hubungan fizikal atau mental dan dengan cara yang bersesuaian dengan sifat semula jadi wanita yang lembut dan sangat mudah terguris perasaannya. Sekiranya culas dalam menunaikan nafkah batin, maka ia boleh membawa kepada dosa kerana mengabaikan tanggungjawabnya kepada isteri dan tindakan ini boleh menyebabkan kurangnya kasih sayang sesama suami isteri dan makin menjauh rasa bahagia dan keharmonian dalam berumahtangga.

Suami haruslah bertimbangrasa dan bertolak ansur dalam menanggani isu seumpama ini. Ini kerana sekiranya perbuatan seumpama ini tidak diurus dengan baik ia boleh membawa kepada mudarat yang lebih besar seperti pergaduhan suami isteri, berlaku keganasan dalam rumahtangga sehingga boleh menbawa kepada perceraian. Oleh yang demikian, adalah amat digalakkan untuk puan berbincang dengan baik bersama suami, atau sekiranya solusi itu pun tiada penyelasaian, puan dan suami bolehlah merujuk kepada pihak yang berautoriti seperti pihak Jabatan Agama Islam yang boleh menjadi orang tengah atau pembimbing bagi membantu merungkai permasalahan yang berlaku.   

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 27

message user image